Elak Harga Barang Naik, RON95 Naik 1 Sen Setiap Minggu Tahun Depan

Posted on

Mulai Januari tahun depan, harga petrol RON95 akan dinaikkan sebanyak 1 sen setiap minggu sehingga mencapai tahap yang stabil harga pasaran. Kenaikan itu juga bertujuan untuk tidak membebankan pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, kementerian memutuskan untuk menaikkan harga bahan api sebanyak satu sen pada sesi jawab lisan di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, keputusan untuk mengapungkan harga minyak adalah bagi meringankan kos hidup rakyat selain mengelak harga barangan tidak naik secara mendadak.

Ujarnya lagi, harga petrol RON95 akan diapungkan berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan.

Bagaimanapun, katanya lagi PSP tidak akan dilaksanakan di Sarawak, Sabah dan Labuan, sebaliknya terus menikmati harga subsidi RON95 pada harga RM2.08 seliter.

Dalam pada itu, kementerian juga ada Akta Kawalan Harga supaya peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan berlebihan selepas pelaksanaan PSP.

Sementara itu, pengumuman tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat dimana rata-rata mereka tidak bersetuju dengan perlaksanaan baharu itu. Malah, ada yang memerli dengan perlaksaan tersebut kebajikan rakyat sememangnya terbela.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.