Pada Jun lalu,Masing-masing selamat disarungkan cincin ketika majlis merisik, pasti ramai peminat menantikan majlis pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi. Tanpa berselindung lagi, Elfira memberitahu bahawa mereka bakal bertunang pada Oktober ini. Namun buat masa ini tiada tarikh pasti bagi majlis tersebut. Teka lah !
“Insya-Allah kami akan bertunang Oktober ini, cuma tarikhnya belum ada. Ayah kami akan berbincang mengenai tarikh yang sesuai. Berdebar juga rasanya sebab tidak pernah melalui situasi seperti ini,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai berita pertunangan mereka.
Dalam masa yang sama, Elfira turut berkongsi sedikit sebanyak mengenai majlis pertunangannya nanti, dimana majlis tersebut akan diadakan di kediamannya di Cheras. Berdebar juga kalau jadi Elfira, sudahlah ianya pertama kali malah majlis juga bakal diadakan beberapa bulan sahaja lagi.
Terdahulu disebalik kegembiraan mereka bakal bertunang nanti, ada juga pihak mempersoalkan tindakan Elfira yang memilih untuk berumah tangga pada usia yang masih muda. Malah pemilihan Sufian sebagai teman hidup juga turut dipersoalkan kerana menganggap beliau masih belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami.
Apapun jika empunya badan sendiri sudah bersedia untuk bergelar suami isteri apa salahnya mempercepatkan benda baik sebegini bukan. Sebelum ini sekitar Jun, keluarga Sufian telah menghantar rombongan merisik Elfira. Semoga segala persiapan pasangan ini dipermudahkan.