Selepas hubungan percintaan Emma Maembong dan Kamal Adli berakhir, pasangan selebriti yang pernah mendapat perhatian ramai itu dilihat membawa haluan masing-masing setelah berpisah dan tidak mencari pengganti.
Namun semalam Emma Maembong telah memuat naik sebuah foto bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Syed Abdullah dan meninggalkan kapsyen mengucapkan selamat hari lahir kepada jejaka tersebut.
Muat naik kapsyen daripada Emma Maembong kepada Syed Abdullah telah mengundang spekulasi daripada peminat yang mendakwa pelakon cantik manis itu sedang menjalin hubungan istimewa dengan abang kandung kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq.
Sepadan tak u’olls?
Emma celebrate birthday Syed Abdullah, bersama keluarga bakal mertua ke?
Spekulasi dikuatkan lagi apabila, Syed Abdullah turut memuat naik foto meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-30 bersama keluarganya di Johor Bahru.
Emma Maembong bersama adiknya Chacha Maembong turut kelihatan dalam foto tersebut. Namun apa yang menarik perhatian peminat adalah muncul sebuah foto Emma Maembong sedang menyuapkan kek kepada Syed Abdullah.
Dengan munculnya foto tersebut, ia sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa Emma sedang hangat bercinta dengan abang sulung Syed Syaddiq.
You nganga mulut, I nak suap kek ni!
Awww! Sweetnya…
Kak Emma kalau yang ni, peminat Onzzz!
Selepas Emma Maembong memuat naik foto tersebut, rata-rata ramai peminat telah meninggalkan komen menyifatkan bahawa mereka bersetuju jika benar Emma memilih Syed Abdullah sebagai pasangan hidup.
Peminat juga turut mendoakan semoga Emma Maembong segera berjumpa jodoh. Walau bagaimanapun, ada seorang peminat telah memberitahu bahawa Syed Abdullah kerap mengikuti Emma Maembong bercuti ke luar negara.
Tak lama lagi makan Nasi Minyak sekali dengan kompang!
Emma, Syed, korang couple ke?
Emma selalu je wish birthday kawan lelaki kat IG, tak pelik pun…
Walaupun begitu, terdapat sebahagian peminat yang berpendapat bahawa hubungan Emma dengan Syed Abdullah hanyalah sebagai kawan biasa, kerana sikap Emma yang selalu meraikan hari lahir rakan lelakinya seperti Alvin Chong. Maka, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan.
Manis.
Sumber : Instagram Emma Maembong, Syed Abdullah