Emma Maembong Dikecam Netizen Gara-Gara Menari Nampak Dada

Posted on

Bukan mudah menjadi selebriti, setiap tindak-tanduk akan menjadi perhatian ramai. Jika ada benda tak kena di mata netizen, pasti tidak akan terlepas dari kecaman dan kritikan.

Baru-baru ini, Emma Maembong memuat naik video parodi bersama Alvin Chong. Ternyata ramai pengguna media sosial menonton video tersebut dan mendapat tontonan hampir satu juta.

Rata-rata peminatnya memuji dan suka melihat gandingan pasangan itu. Sebelum ini juga peminat Emma merestui hubungan baiknya bersama Alvin Chong.

Namun, ada juga komen yang menyelar tindakan Emma yang dikatakan kurang sopan dan tidak sesuai dengan imej sebagai seorang wanita muslimah. Ada juga netizen mengatakan tarian itu agak keterlaluan sehingga menonjolkan bahagian dada Emma.

Disebabkan komen tersebut, timbul pertelingkahan di ruangan komen apabila ada beberapa netizen cuba mempertahankan Emma Maembong.

Kalau ikutkan tujuan video tersebut adalah untuk menghiburkan peminat mereka. Mungkin mereka sendiri tidak perasan jika ada bahagian yang terdedah.

SUMBER : CARI FORUM

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.