EZ Mini Crunchies Pork Floss Keluaran Syarikat Bee Cheng Hiang, Bukan Pemegang & Tidak Layak Memohon Sijil Halal – JAKIM

Posted on

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mengesahkan bahawa produk bijirin Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat Bee Cheng Hiang berstatus tidak halal.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di FacebooK rasmi Bahagian Hab Halal, JAKIM, produk tersebut bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana menggunakan bahan ramuan yang tidak halal dari sumber babi (pork).

Ianya sekaligus menjawab persoalan ramai seperti yang tular di media sosial berhubung dakwaan status produk bijirin keluaran syarikat Bee Cheng Hiang adalah tidak halal.

Penjelasan Isu Status Halal Produk Bijirin Keluaran Bee Cheng Hiang

Ramai pengguna yang mula menularkan di media sosial berkaitan status produk bijirin keluaran syarikat Bee Cheng Hiang yang didakwa tidak halal seterusnya menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna khususnya pengguna Islam.

Untuk makluman, produk bijirin Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat Bee Cheng Hiang bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana menggunakan bahan ramuan yang tidak halal dari sumber babi (pork).

Justeru, pengguna dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk makanan yang berada di pasaran sebelum membeli atau menggunakannya. Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal. (http://www.smarthalal.com.my/faq.html)

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-

FACEBOOK

Harap maklum dan terima kasih.

Sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.