Hari ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelawak popular Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pagi tadi.
Menurut isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali, sejak dua hari lalu Allahyarham mengadu demam dan sakit kepala tetapi tidak mahu apabila diajak ke hospital. Ujarnya lagi, Allahyarham tidak memberikan tindak balas apabila dikejut bangun solat subuh.
Pemergian Abam secara tiba-tiba itu amat dirasai oleh dua rakan baiknya iaitu Fad dan Achey. Menerusi Instagram, keduanya seolah tidak percaya rakan baiknya sudah tiada dan menangisi pemergian Allahyarham.
Fad menerusi perkongsiannya itu turut meluahkan rasa sedihnya apabila dia tidak berada di Malaysia pada waktu pemergian Abam. Difahamkan Fad berada di Jepun bersama keluarga.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolat sebelum dikebumikan hari ini.
Abam meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.