Tidak dinafikan ramai rakyat yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak boleh keluar bekerja seperti biasa untuk mencari pendapatan bagi menampung pendapatan harian mereka sekeluarga.
Terkesan dengan kesusahan yang sedang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia, Faizal Tahir bersama organisasi komuniti I Am Faith Men mencari 100 keluarga atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan membeli keperluan harian.
Berita baik itu dikongsikan oleh Faizal menerusi satu video di Instagram miliknya. Faizal berkata mana-mana keluarga atau sesiapa yang terjejas pendapatan sepanjang PKP ini boleh menghantar butiran di nombor telefon yang disebut.
Di ruangan komen rata-rata netizen memuji tindakan penyanyi itu yang turut tampil membantu mereka yang memerlukan, malah ada yang turut bertanya cara-cara ingin membantu mereka yang berada dalam kesusahan.