Farid Restu Diana Danielle Jadi Pelumba Kereta

Posted on

Aktres Datin Diana Danielle mendapat sepenuh sokongan daripada suaminya Datuk Farid Kamil untuk menjadi pelumba kereta.

Sebagai tanda galakkan, Farid menghadiahkan isterinya itu simulator bagi memantapkan skil di litar.

Kali kedua menyertai program Toyota Gazoo Racing, Diana mengakui perlumbaan kali ini mencabar buatnya lebih-lebih lagi dia tidak biasa memandu kereta secara manual.

“Memang mencabar… Ini kerana sebelum ini, saya tak biasa memandu kereta secara manual.

“Namun, kami diberi latihan intensif oleh jurulatih bertauliah sebelum masuk ke litar. Hasilnya, sepanjang musim lalu, saya sudah beberapa kali naik podium menerima trofi.

“Kali ini, suami saya sekali lagi memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Apa yang menariknya, dia menghadiahkan simulator lumba kereta supaya saya boleh berlatih di rumah,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Diana berkata, suntikan semangat insan tersayang selain pengalaman diraih sepanjang siri perlumbaan membuatkan dirinya teruja mengejar impian menjadi pelumba kereta.

Sementara itu, Diana berkata, kemahiran berlumba tidak dijadikan alasan untuk memandu laju di jalan raya sebaliknya dia lebih berhati-hati mengawal kenderaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.