Hari telah masuk hari pertama fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah dua minggu fasa pertama kita jalani. Ketua Pengarah Kesihatan berkata, tempoh fasa kedua PKP ini lebih kritikal dan mustahak, kerana tempoh ini penentu bagi Malaysia berjaya atau tidak memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 seperti yang dipetik dari Berita Harian.
Datuk Dr Noor Hisham menjelaskan, kejayaan fasa kedua PKP ini bergantung sepenuhnya kerjasama rakyat Malaysia dalam mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Oleh yang demikian, beliau mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa duduk dirumah serta mengamalkan kebersihan diri serta menasihatkan agar memakai penutup mulut dan hidung sekiranya bergejala.
Jika dapat lihat kembali, semasa pelaksanaan PKP fasa satu, kira-kira 10 peratus rakyat Malaysia didapati melanggar arahan PKP yang telah ditetapkan oleh pihak polis, memaksa anggota tentera turun membantu bagi menangani masalah ini. Namun dukacita dimaklumkan, makin ramai yang mengingkari arahan yang diberikan, sehinggakan beberapa tangkapan dibuat bagi menyedarkan mereka.
KALAU KORANG NAK RASA NIKMAT PUASA, NIKMAT RAYA MACAM TAHUN LEPAS, SILA PATUHI ARAHAN PKP FASA KEDUA INI. KEKAYAAN KITA MEMUTUSKAN RANTAIAN JANGKITAN ADALAH DARI KITA SENDIRI.
Sumber: Berita Harian