Menerusi Instagram, pendakwah bebas Ustazah Asma Harun meluahkan rasa terharu apabila dapat bertemu pelakon dan penyanyi Fathia Latiff dalam satu ceramahnya baru-baru ini.
Berkokngsikan detik pertemuan mereka, Fathia meminta Ustazah Asma mendoakannya agar menjadi insan yang baik serta berterima kasih di atas ilmu yang disampaikan.
Ustazah Asma berkata, sejam lebih Fathia menanti untuk bertemu dengannya. Fathia turut teruja dapat bertemu dengannya.
“Ustazah, doakan saya ya, jadi orang baik, terima kasih banyak² atas ilmu ustazah, rasa teruja sangat dan tak sangka dapat jumpa ustazah.. Rasa nak peluk² je”, tak semena² kami sama² mengalirkan air mata,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, Ustaz Asma berkata kepada Fathia bahawa dia mendoakan pelakon itu agar terus istiqamah serta menjadi wanita yang solehah dan dikurniakan suami yang soleh.
“Fathiya, ustazah doakan kamu istiqamah, terus kuat dan tabah, menjadi wanita yang solehah, berjaya dalam perniagaan dan apa jua yang kamu buat.. Juga dikurniakan suami yang soleh.”
“Ustazah sayang kamu dik, jaga diri baik², kamu ni baik dan cantik, terima kasih ya datang daripada jauh, terima kasih sudi tunggu walau lama, rezeki ustazah dapat jumpa fathiya..”
Diakhir perkongsian itu, Ustazah Asma mengatakan dia sentiasa mengalu-alukan rakan artis atau sesiapa sahaja untuk bertemu dengannya. Katanya tidak perlu malu atau segan tidak kira bagaimanapun penampilan anda.