Fatin Afeefa Nafi Bercium Di Tempat Awam

Posted on

Semalam, kecoh di media sosial apabila pelakon Fatin Afeefa sekali lagi terpalit dakwaan menjalinkan hubungan dengan suami orang. Belum reda lagi dengan kontroversi tersebut, timbul pula satu lagi cerita apabila Fatin didakwa bercium dan berpelukan di tempat awam.

Menerusi komen di Instagram itu, Fatin didakwa pernah mengunjungi sebuah kedai di pusat beli-belah terkemuka di ibu kota dan dilihat berkelakuan sumbang seorang seorang lelaki.

Tidak hanya berdiam diri, komen tersebut dibalas oleh Fatin yang menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan dakwaan itu hanya fitnah semata-mata. Malah, Fatin turut menjelaskan bahawa dia jarang sekali berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan.

“Saya adalah manusia yang paling jarang ke pusat beli-belah KLCC. Tetapi, tidak mengapa kerana lebih banyak fitnah saya terima, lebih banyak pahala yang saya dapat.

“Menikmati setiap saat dan detik ketika diuji, saya menyerahkan kepada pihak berwajib untuk menjalankan kerja mereka,” tulisnya.

Sebelum ini, Fatin didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang, lelaki sama yang pernah dikaitkan dalam kontroversi sebelum ini. Kecurangan mereka dikatakan dibongkar sendiri oleh isteri lelaki terbabit di laman Twitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.