PERAK 16-10-2018. Customers smoking at the restaurants in Ipoh.MALAY MAIL FILE PIX/Farhan Najib

Fatwa: Isteri Rasa Mudarat, Terganggu Suami Merokok Boleh Tuntut Fasakh

Posted on

Meskipun tahu mengenai fatwa pengharaman rokok dimana ada menyebut “Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan”, namun ramai yang seolah mengambil remeh tentang perkara itu.

Seperti kita tahu merokok membahayakan kesihatan diri perokok itu sendiri, merokok mendatangkan kemudaratan kepada orang di sekeliling yang terpaksa menghidu bau asap rokok berkenaan.

Malah, sikap merokok itu sendiri yang menjurus kepada proses pembaziran wang, masa dan tenaga serta merugikan perokok yang menggunanya.

Namun ramai tidak tahu bahawa Jabatan Mufti Negeri Perlis ada mengeluarkan fatwa pada 29 Mac 2019 menyebut isteri berhak menuntut talak atau fasakh disebabkan ancaman merokok.

Fatwa juga menyebut, hak penjagaan anak yang masih kecil tidak boleh diberikan kepada bapa atau ibu yang merokok kerana bimbang memberi kesan buruk kepada anak.

“Isteri seorang perokok yang terancam kesihatannya atau terganggu kehidupannya disebabkan tabiat merokok suaminya boleh menuntut fasakh. Pihak mahkamah hendaklah membuat penilaian tentang kemudaratan ini terhadap isteri.

“Hak penjagaan anak yang masih kecil tidak boleh diberikan kepada bapa atau ibu yang merokok jika didapati tabiat itu mendatangkan kemudaratan kepada anak berkenaan. Hal ini akan dinilai di mahkamah.”

Fatwa tersebut turut menyentuh bahan lain yang diambil oleh suami yang memberikan kesan yang memudaratkan kepada isteri seperti dadah, ketum dan seumpamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.