Fauzi Nawawi Mahu Menantu Pandai Mengaji Al-Quran

Posted on

Pelakon Fauzi Nawawi mendedahkan anaknya perempuannya yang tular di media sosial baru-baru ini, mendapat banyak ‘pinangan’ daripada jejaka-jejaka yang jatuh hati dengan kecantikan anak gadisnya itu, Hanna yang merupakan anak Fauzi menerusi perkahwinan pertamanya.

Bagaimanapun, Fauzi meletakkan syarat-syaratnya yang tersendiri bagi bagi mencari menantu idaman yang dapat membimbing anak gadisnya itu.

“Nama anak saya jadi viral bila Lisda muat naik gambarnya di Instagram baru-baru ini. Dia jadi perhatian sebab anak kepada pasangan artis. Walaupun bukan anak kandung Lisda, tapi dia tetap melayan anak tiri macam anaknya sendiri.

“Saya akui anak saya cantik dan dia pun memang merupakan seorang Instafamous. Jodoh dia saya tak pernah halang tapi saya tidak rasa dalam waktu terdekat sebab dia masih belajar lagi.

“Kalau boleh saya nak bakal menantu yang tahu perihal agama, tahu baca Al-Quran serta mempunyai pendapatan tetap,” katanya yang ditemui di Malam kemuncak Anugerah Skrin 2018 (ASK2018).

Sementara itu, Fauzi Nawawi turut memenangi kejayaan apabila berjaya merangkul anugerah bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Drama Qalbu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.