Berita tentang kemenangan kerajaan baru di Malaysia nampaknya semakin dihangatkan lagi dengan beberapa kisah yang selama ini terselindung daripada pengetahuan ramai. Kali ini penyanyi dan juga chef selebriti Fazley Yaakob mendedahkan kisah bagaimana keluarganya ditindas oleh individu yang sangat terkenal di negara ini.
Mungkin bagi sesetangah rakyat Malaysia, apa yang didedahkan oleh pasangan suami isteri ini adalah sangat mengejutkan malah dalam masa yang sama turut mencetuskan perbalahan di Instagram gara-gara pendedahan tersebut.
Selain ada yang mendesak supaya Fazley memadam kembali apa yang telah dikongsikannya itu, namun ada juga yang mahu keadilan dapat ditegakkan setelah rakyat mengetahu perkara yang sebenar.
Apa pun bak kata Tun Mahathir, segala urusan siasatan selepas ini berhubung sebarang skandal yang melibatkan negara akan disiasat sebaiknya mengikut landasan undang-undang. Doakanlah yang terbaik untuk negara tercinta.