Fenomena Istiwa A’dzam Petang Ini, Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat -Mufti Wilayah Persekutuan

Posted on

Orang ramai boleh memeriksa arah kiblat masing-masing ketika fenomena Istiwa A’dzam pada petang ini. Istiwa A’dzam ialah suatu fenomena di mana kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bayang-bayang objek tegak akan menunjukkan ke arah Kaabah, sekaligus menandakan arah kiblat.

Ia dijangka bakal berlaku pada jam 12:16 petang (waktu Mekah), bersamaan kira-kira jam 5.16 petang waktu Malaysia.

Fenomena yang diramal berlaku dua kali setahun ini dijangka bakal berlaku kali kedua pada 15 Julai akan datang.

Semak Arah Kiblat

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.