Fitnah AG Anti Islam : Lepas Tommy Lapor Polis, Akhirnya Ustaz Ini Minta Maaf

Posted on

Peguam Negara Tommy Thomas hari ini membuat laporan polis selepas pelbagai tuduhan mengaitkannya dengan sikap anti-Islam beredar di media sosial.

Difahamkan seorang pegawai Jabatan Peguam Negara tiba di balai polis di Putrajaya untuk membuat aduan berkenaan bagi pihak Thomas kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Beliau bertindak membuat laporan Polis terhadap posting tersebut

Dihubungi kemudian, Thomas mengesahkan beliau membuat laporan berhubung tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Katanya, ada pelbagai mesej beredar di media sosial yang menuduhnya tidak senang kepada Islam.
Berikut adalah posting yang dibuat oleh Ustaz tersebut;

“Ini sama sekali tidak benar. Justeru saya membuat laporan kepada polis agar hal ini boleh disiasat,” katanya kepada Malaysiakini.

Untuk rekod selain mesej yang tidak diketahui asal-usulnya diedar melalui media sosial, beberapa pihak juga memainkan sentimen mengenai latar belakang Thomas sebagai peguam negara.

Misalnya beberapa pemimpin Umno dan PAS mendakwa Jabatan Peguam Negara tidak tegas terhadap pihak yang menghina Islam.

Ia berlaku ketika beberapa individu didapati membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti Islam, termasuk menghina Nabi Muhammad.

Pagi tadi seorang lelaki, Wai Foo Sin, 68, dihadapkan ke mahkamah sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298A(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyiarkan kandungan jelik pada 17 Feb lalu di akaun Facebooknya.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjarakan sehingga lima tahun bagi setiap kesalahan dan didenda RM50,000 mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia.
Wai mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Semalam seorang lagi lelaki, A Taneson, 22, didakwa di mahkamah Shah Alam atas tuduhan sama.

USTAZ AKHIRNYA MINTA MAAF

Ustaz Shahrizan Md Sabri

Ekoran daripada laporan polis yang dibuat oleh Peguam negara terhadap posting yang berbaur fitnah tersebut, Ustaz Mohd Shahrizan Md Sabri akhirnya membuat permohonan maaf terbuka di laman facebooknya petang tadi.

Berikut adalah posting yang dimuatnaik ;

Beliau juga turut merasakan kesal atas kenyataannya yang tidak berasas sebelum itu.

2 thoughts on “Fitnah AG Anti Islam : Lepas Tommy Lapor Polis, Akhirnya Ustaz Ini Minta Maaf

  1. Tommy to forgive is Divine that is what we are taught.
    As Christians we must live our talk. Forgive unconditionally.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.