Facebook Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar, Johor berkongsi gambar kepulangan ratusan rakyat Malaysia yang dipercayai bekerja di Singapura malam tadi (6 April).
Gambar diambil oleh jurugambar, Kyahizee Mohd bertempat di CIQ Checkpoint, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor. Melalui posting tersebut, terdapat seperti meja pendaftaran, bilik saringan dan ‘thermal screening’ disediakan bagi memastikan setiap daripada mereka berada dalam keadaan baik.
“Welcome Home Malaysians and Stay Healthy.”
Photo by KYAIZEE MOHD
DATE: 06.04.2020, MONDAY.
TIME: 08.00PM
LOCATION: CIQ CHECKPOINT, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR, JOHOR BAHRU, JOHOR.
Xiaomi Mi 10 Lite 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
Dunia masih terus berputar walaupun majoriti insan kini terperangkap di rumah bagi merendah keluk epidemik. Dalam diam sebuah peranti bahari juga telah melepas pengesahan SIRIM menunjukkan pelancarannya yang semakin hampir. Kali ini tiba giliran Xiaomi Mi 10 Lite 5G,
Peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 765G ini melepasi pengesahan pada 2 April yang lalu. Setakat yang diketahui peranti ini dilengkapi skrin 6.57-inci AMOLED FHD+ dengan pengimbas cap jari dalam skrin. kamera utama 48-Megapixel. kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri sebesar 4160 mAh. Bateri peranti walau bagaimanapun hanya menyokong pengecasan 20W menerusi port USB-C.
Kamera utama yang adalah dari jenis kuad-kamera dalam susunan matrik 2×2 yang masih belum diumumkan konfigurasi lensanya pada majlis pelancaran. Tetapi sekilas pandang menyamai apa yang digunakan pada Redmi Note 9s yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Kamera hadapan pula diletakkan pada takuk bersaiz kecil.