Gadis Terkejut Jumpa Warga Emas OKU Tinggal di Motel, Terpaksa Meminta Sedekah Tampung Hidup

Posted on

Seorang pelajar tidak menyangka niat baiknya untuk berkongsi kisah kesusahan hidup pasangan warga emas orang kelainan upaya (OKU) yang ditemuinya menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan netizen.

Menurut Siti Nur Umirah Shamsudin, ada pengguna media sosial yang mengecam tindakannya memuat naik kisah pasangan tersebut kerana mendakwa maklumat yang dikongsi tidak tepat.

” Pada mulanya saya pun tidak tergamak nak sebarkan pasal nenek tu, tapi saya fikir mungkin ada ramai orang yang nak bantu dia.

” Biarlah orang kata nenek tu sebenarnya memang sudah dibantu, walaupun dia beritahu saya dia tak dapat bantuan. Itu urusan dia dengan Tuhan, niat saya hanya nak dia hidup lebih selesa,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Menerusi posting tersebut, Siti Nur Umirah memberitahu dia menemui seorang warga emas berusia lingkungan 70-an meminta sedekah berhampiran sebuah pasar di Kampung Berjaya, Alor Setar.

Wanita yang hanya dipanggil Tok itu memberitahu pelajar tersebut bahawa dia tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak dan terpaksa meminta sedekah untuk menampung hidup bersama suaminya yang lumpuh.

Pelajar jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Jitra itu berkata, dia simpati melihat kesukaran Tok berjalan dan menawarkan untuk menghantarnya pulang.

Kata wanita berusia 25 tahun ini, nenek itu tinggal berdua dengan suaminya di Motel Jabatrah yang terletak berhampiran Terminal Bas Shahab Perdana.

Di bilik motel inilah, Tok dan Tok Wan tinggal sebagai tempat berteduh.

” Saya terkejut juga ketika Tok beritahu dia berdua tinggal di motel, saya tanya berapa sewa sebulan.

” Dia kata RM700 sebulan dan sewa bulan lepas tertunggak sebab tak mampu nak bayar. Bila ditanya kenapa tidak duduk di rumah sewa, Tok kata dia pun tak tahu macam mana nak cari rumah dengan keadaan kaki yang susah berjalan dan Tok Wan (suaminya) pun lumpuh,” jelasnya.

Tambahnya, Tok mendakwa mempunyai seorang anak perempuan yang tinggal di Kampung Bukit Besar dan juga hidup dalam kekurangan.Selepas posting tersebut tular, ramai pihak yang menghubungi Siti Nur Umirah untuk membantu pasangan warga emas terbabit.

” Saya nak kongsi nombor telefon pun tak boleh sebab Tok tiada telefon bimbit, tapi saya dah minta izin dengan dia untuk kongsi kisah ini di Facebook.”Jadi, sesiapa yang nak hulur bantuan boleh ke motel tersebut untuk cari Tok dan Tok Wan,” katanya.

Dikirim oleh Mira Sam pada Kamis, 21 Februari 2019

Berikut adalah perkongsian yang ditulis oleh Mira

” Assalamualaikum..sapa pernah nampak tok ni??sy jmpa tadi dekat pasar kg.berjaya dok tnggu teksi nak balik rumah dia.jadi sy pun pelawa nak hntaq dia balik rumah…masa dok otw hantaq sy pun dok bersembang la tnya macam2.

” dia kata dia pi minta sedekah kt kg berjaya naik teksi..teksi tu pun dia berhutang xbayaq tambang lagi.tgok2 dia dok kat motel kat shahab perdana..sewa rm700 sebulan.tu pun yg bulan lepas xbayaq lagi.nak cari rumah sewa pun dia xtau mcm mana dgn keadaan dia dgn suami dia macam tu….

” Kira hat beda minta sdekah tu la utk nak bayaq sewa..dia dok dgn suami dia yg lumpuh xleh jalan..duit utk beli ubat suami dia lagi.ada sorang anak perempuan dok kat bukit besar tu pun susah jgak tok tu kata..

” Bantuan kebajikan dari mana2 pihak pun dia x dapat..dok harap dekat duit dari minta sedekah..tujuan posting sy ni utk share kesusahan tok ni kot2 ada yang boleh tlg..kalau ada yg nak bagi bantuan or nak tgok keadaan tok tu boleh pi motel tu sendiri.btw tok tu kaki dia pun sakit..”

P/s: tlg share post ni bnyak2 agar tok ni dapat bantuan dan smpai kepada pihak yg berkenaan.sy dah minta kebenaran dari tok tu utk viral kan keadaan dia..sapa2 yg nak pi tgok boleh pi kat motel dlm gambar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: mstar & Newsviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.