Foto sekadar hiasan..
Assalamualaikum, terima kasih admin kerana menyiarkan perkongsian aku ini. Aku nak cerita pengalaman aku beli rumah agar jadi sumber inspirasi kepada sesiapa yang nak beli rumah terutama rumah pertama.
Cerita aku mungkin tak sehebat pakar-pakar hartanah seperti Ija Syariza yang beli 14 buah rumah setahun, Faizul Ridzuan yang membeli lebih 50 hartanah, cashflow positif hampir ratusan ribu ringgit sebulan, dan pakar2 hartanah lain yang menjadi ikutan aku seperti Adlina MN, Rohaniah Noor, Muhd Farid, Syafieqah Alya, Harith Faisal, Meor Zaidi, Khairul Ezuwan, Redzwan Khairuddin, Anis Hafiza dan sebagainya. Boleh follow (see first) diorang semua kat facebook guys, diorang share ilmu percuma je. Insya Allah, korang terpengaruh dan segera beli rumah nanti.
Pengenalan ringkas diri aku, aku berasal daripada keluarga yang sederhana di Utara Semenanjung Malaysia. Selepas habis degree, aku berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Aku bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta, gaji bersih aku ialah RM2325.
Start dari gaji pertama, aku buat simpanan dan perbelanjaan yang teliti. Secara ringkas perbelanjaan aku, sewa bilik ialah RM200 sebulan, duit makan RM500 sebulan, duit mak ayah RM300 sebulan, bas pergi balik kerja RM100, lain-lain perbelanjaan RM200. Alhamdulillah, aku dapat simpan lebih kurang sebanyak RM1000 sebulan. Agak susah nak kawal nafsu perbelanjaan ketika itu.
Selepas menyimpan selama 4 bulan, aku angkat motor modenas CT100 cash, best giler ada motor, boleh pakai motor pergi kerja, tak perlu naik bas dah. Minyak pun tak mahal, RM15 je sebulan. Selepas beli motor, agak mudah aku nak bergerak ke mana-mana, tak perlu naik bas lagi dah pergi kerja.
Selepas motor, target aku seterusnya adalah membeli rumah. Selama setahun, aku simpan duit untuk deposit rumah. Alhamdulillah, aku berjaya beli sebuah rumah lelong di Klang berharga RM32K. Deposit hanya RM3200, campur kos2 lain, dalam RM5K. Dengan modal RM5K, aku dapat sebuah rumah pada usia aku 24 tahun.
Bayaran bulanan kepada bank hanya RM140. Kadar sewaan di kawasan rumah aku beli ni agak tinggi kerana ada kilang berhampiran. Sewa rata-rata RM900. Aku bagi sewa hanya RM700, hasilnya setiap bulan aku dapat lebihan duit sebanyak RM560 (RM700-RM140). Alhamdulillah, aku dapat penyewa dari syurga, bayar duit sewa on time.
Untuk rumah pertama aku ni, aku suruh penyewa bank in sewa dalam akaun bank setiap bulan. Supaya aku boleh guna surat perjanjian sewa & bank statement (duit sewa masuk) untuk pinjaman rumah seterusnya. Rumah kedua aku beli selepas 6 bulan beli rumah pertama iaitu sebuah rumah lelong berharga RM41K di Subang.
Aku beli rumah murah2 je. Member aku ketika itu kebanyakan semua beli rumah pertama RM400K ke atas, undercons. aku belum mampu. Aku beli rumah murah je, tapi aku tak tak pernah beli low cost ye. Sebab ada sekatan dan tak nak ambil hak orang susah. Aku cari rumah lelong murah2 je, area orang tak berminat sangat nak beli, tapi ada potensi sewa. Alhamdulillah, bermula kecil, lama-lama jadi bukit. Yang penting, kena rajin buat research, rajin belajar.
Ada juga member aku yang dari dulu sampai ke harini, dah 4 tahun kata nak survey2 beli rumah, tapi sampai ke harini tak beli beli. Apabila aku bagi suggestion, kata “tengok dulu macam mana, survey2 dulu”. Takpelah, cara masing-masing.
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini. Aku dah memiliki 17 hartanah dan aku masih menyewa. Aku dah beli kereta, dah tak naik motor akibat faktor keselamatan. Aku pakai kereta biasa2 je, kereta saga baru. Aku target nak ada 20 buah rumah sebelum berusia 30 tahun. Lepas tu aku nak kahwin. Insya Allah. Kena banyak usaha keras lagi.
Gaji aku sebagai exec, setiap tahun naik RM20-30 sahaja, aku belum naik pangkat lagi. Hari ini gaji bersih aku belum mencecah RM2500. Tetapi Alhamdulillah, pendapatan daripada sewa yang membantu aku membeli banyak rumah. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Yang penting kena usaha.
Aku target nak bersara nanti umur 35, nak jual beberapa rumah dapatkan cash dan nak pergi haji dan travel satu dunia. Aku akan simpan beberapa buah rumah sebagai mesin ATM (positive cash flow), dapatlah sikit sebanyak menampung hidup aku ketika persaraan nanti.
Nasihat aku kepada orang muda yang nak beli rumah, berusahalah kawal perbelanjaan dan belajarlah menyimpan. Sekarang lagi mudah nak beli rumah, ada loan 100% skim rumah pertamaku (Cagamas), ada rumawip (Residensi Wilayah), Selangorku, Pr1ma, Maybank Houzkey, House Ownership Campaign (HOC) dan sebagainya. Aku cemburu dengan korang. Usaha cari dan baca. Ambillah peluang wahai anak muda, keadaan seperti ini mungkin tak datang lagi.
Kalau nak bermula dari bawah seperti aku, followlah otai2 lelong kat facebook seperti Ija Syariza dan Adlina MN. Insya Allah, mereka sentiasa share cara beli rumah yang murah-murah tetapi gempak.
Akhir kata, hendak seribu daya, malas seribu alasan.
Sekian, terima kasih.
– RAMI via iiumc
Ada yang menyokong cara confessor ini . Hanya sasarkan rumah lelong yang murah2 , tetapi ada juga yang menemplak .
Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya.tq
Tak ramai org muda yang waktu muda sedar untuk menyimpan, kumpul aset, dan tahan nafsu berbelanja.. Bila da kahwin, dah agak berumur, time tu simpanan tak ada, anak ramai.. Baru pening dan tersedar yang waktu muda dulu dia bayak bazir