Nelydia Senrose Sahkan Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi
Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya dengan seorang jutawan muda bernama Hafiz, Nelydia Senrose mengesahkan bahawa dia bakal berkahwin tidak lama lagi.
Baru-baru ini, tersebar di media sosial perkongsian oleh kenalan rapat pelakon itu yang menghadiri majlis meraikan bakal pengantin yang diadakan di sebuah hotel. Menerusi video dan gambar yang dikongsikan, Nelydia turut memakai selempang dengan tulisan ‘Bride to be’.
Tidak mahu mengulas lebih lanjut, Nelydia berharap agar majlis yang dirancang nanti akan berjalan dengan baik dan dipermudahkan.
‘Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang, tidak lama lagi. Insya-Allah, semoga yang dirancang (majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan) akan dipermudahkan,” katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, Nelydia memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri. Malah tahun lalu, Nelydia juga mengakui dia sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya namun tarikhnya dirahsiakan.
Apa pun kita nantikan sahaja Nelydia umumkan tarikh majlisnya kelak. Tak sabar rasanya mahu melihat Nelydia naik pelamin. Apa yang pasti perkahwinan pelakon ini antara yang dinanti ramai peminat.
Selepas kecoh isu majlis ‘bridal shower’ yang dihimpit kontroversi kerana didakwa mengikut budaya barat minggu lalu, pelakon itu mencuri perhatian sekali apabila mengadakan acara bachelorette party pada hujung minggu lalu.
Bertemakan baju tidur, difahamkan acara tersebut dirancang oleh adik-beradik, saudara mara dan kenalan rapat tanpa pengetahuan Nelydia.
Acara tersebut dimeriahkan dengan tariah khas untuk menghiburkan bakal pengantin. Kami kongsikan sikit beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung.
Kejutan yag diberikan kepada bakal pengantin itu tidak hanya disambut meriah dengan ucapan-ucapan kenalan rapat, malahan turut diadakan sesi tarian sesama mereka.
Bertemakan pakaian tidur, kebanyakkan yang hadir memakai pakaian tersebut berwarna merah dan juga merah jambu. Jamuan makan turut dihidangkan kepada para tetamu dengan pelbagai snek dan kek.
Lain macam je bentuk kek?
Namun begitu, terdapat sesuatu yang telah menarik perhatian netizen apabila pelakon cantik Adeline Tsen memuat naik IG story mengenai hidangan yang ada di majlis tersebut.
Beberapa biji kek cawan yang dihiasi dengan bentuk seakan-akan kema4luan lelaki dan p4yud4ra wanita telah dihindangkan kepada tetamu.
Video yang dimuat naik oleh Adline Tsen dan Nadiya Shahab di IG story jelas menunjukkan kek cawan tersebut berbentuk tidak senonoh. Bachelorette Party tersebut diadakan pada sebelah petang dan dilakukan secara tertutup oleh rakan-rakan rapat Nelydia Senrose.
Antara Komen Pengguna FB
– Nk kwin pon buat parti.. kwin jela ngok. mkin bdo2 je artis skang – Ingtkan bila dah kwin setan2 smua lari..tapi skali setan2 smua dtg balik huhuhu
– Honeymoon nty jgn buat live ya..ramai nk kecam dan membawang..x saba dok tunggu – Nama dh parti tertutup. Heran jugak yg pos di media sosial. semua pun prmpuan Tapi jgn ckp sy sokong nelydia pulak. – berhibur tanpa batasan.. semoga diberi hidayah…. igtla… dunia dah semakin tenat… bringat la sllu…
Sumber : rotikaya