Siapa sangka, peminat dikejutkan dengan foto antara Fatin Afeefa dan Nazim Othman di laman Instagram. Mana taknya, siap tag nama masing-masing ‘di hati’ maka timbul pula pelbagai spekulasi di ruangan komen.
Sesuai
Dikatakan bercinta, kedua pelakon ini membuatkan netizen mula bertanya adakah mereka sebenarnya sedang bercinta. Namun, bagi netizen mereka juga sepadan kerana Fatin dan Nazim juga seorang janda dan duda.
Meskipun gambar yang dimuat naik oleh Fatin tiada kapsyen, namun ada juga rakan artis mengatakan mereka sesuai bersama.
Tidak kurang juga, peminat Nazim turut terkejut dengan status Nazim apabila dia juga memuat naik foto yang sama bersama Fatin.
Foto Perut Disangka Mengandung! Terima Soalan Bodoh, Dibalas Semula Fatin Afeefa!
Gara-gara muat naik foto perut, ada yang menyangka Fatin Afeefa mengandung, Namun, ia disangkalkan oleh pelakon cantik ini.
Senangnya dalam perut..
Foto perutnya yang meraih lebih 60 ribu likes itu bukanlah kerana Fatin mengandung namun disebabkan makanan sahaja.
Bagaimanapun, ada pula dikatakan ‘soalan bodoh’ diterima oleh Fatin menerusi laman Instagram miliknya yang membuatkan peminat membidas individu terbabit.
I bela diri sendiri
Bagaimanapun foto tersebut membuatkan netizen terkejut, mana taknya, Fatin kini bergelar ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak.
Pinggang 24 Inci Walau Dah Ada Anak, Rampingnya FATIN AFEEFA!
Wow, macam kerengga! Kelu dibuatnya bila dapat tahu pelakon cantik, Fatin Afeefa miliki ukuran pinggang sekecil 24 inci. Dah macam ukuran pinggang anak dara sedangkan dia sebenarnya dah bergelar seorang ibu.
Afeefa yang mula dikenali ketika membintangi filem kanak-kanak popular, Tentang Bulan ini berusia 24 tahun dan merupakan ibu kepada dua orang anak. Anak sulung lelakinya iaitu Adam Aisy Arrian kini berusia 7 tahun. Manakala anak perempuan Ivy Herra Sophia berumur 4 tahun.
Kalau tengok susuk tubuh langsing Afeefa ni, mesti tak percaya statusnya yang sudah beranak dua.
Mungkin ramai berpendapat usia Afeefa yang masih muda membuatkan ibu ini mudah memiliki bentuk tubuh menawan dan cantik. Hakikatnya, tanpa usaha dan gaya hidup sihat pasti yang muda pun terdedah kepada obesiti dan masalah berat badan.
Terbuka berkongsi amalan yang dipraktikkan untuk mendapat ukuran pinggang ideal, ini jawapan Afeefa yang ditulis di laman Instagram miliknya.
“I finally hit 24 inch waist today. Baby pooch is still there but I am working on it. Fa punya routine everyday is lots of oblique and abs workout. Planking too! And of course pakai Sexy Curve 8 jam sehari. Mostly time tidur.”
Jadi lepas ni, sesiapa yang berniat untuk kembali ramping lepas bersalin… bolehlah tiru petua cantik Afeefa. Yang penting, kena rajin bersenam dan jaga pemakanan. Barulah minda dan fizikal tenang!
Sumber: Nazim Othman, Fatin Afeefa via himpunanceritalawak & mediaosem