Hampir setiap saat tidak pernah lekang dengan jemaah yang melakukan ibadah tawaf, namun sejak semalam tular gambar sekitar Kaabah yang sepi tanpa seorang manusia.
Perkara itu sekaligus mencetuskan tanda tanya serta kebimbangan netizen yang mahu mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi.
Difahamkan, kawasan sekitar Kaabah dikosongkan untuk tujuan pembersihan menyeluruh bagi menjadi kebersihan dan kesihatan para jemaah susulan wabak Coronavirus.
Turut dimaklumkan, jemaah masih lagi boleh melakukan tawaf di kawasan Masjidil Haram tetapi hanya boleh dilakukan di tingkat dua dan tiga.
Bagaimanapun setakat ini masih tidak diketahui mengenai pembukaan semula kawasan sekitar Kabaah kepada semua jemaah.
Rabu lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan sekatan kepada rakyatnya untuk melakukan umrah, seiring penggantungan sementara kemasukan jemaah umrah dari luar negara sejak minggu lalu.