Menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama pada 3 Julai lalu, kelmarin pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah mengadakan majlis sambutan hari jadi anaknya, Yusuf Iskandar. Majlis yang cukup meriah itu telah diadakan di Kafe Blokke, Ara Damansara.
Menerusi perkongsian di Instagram, Yusuf kelihatan sangat kacak memakai kemeja berwarna putih lengkap dengan tali leher bagi menyambut hari jadinya yang pertama. Bermacam telatah dan ragam Yusuf ketika majlis itu, kalau dilihat di media sosial, banyak juga video yang dikongsikan.
Dalam majlis itu, beberapa selebriti lain turut hadir memeriahkan lagi suasana seperti Nad Zainal, Yasmin Hani, Achey, Zahid Af dan ramai lagi. Tidak lupa juga peminat di media sosial yang turut sama memberikan ucapan hari jadi kepada Yusuf yang berusia setahun.
Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis ulangtahun kelahiran Yusuf yang pertama kelmarin. enjoy!