Baru-baru ini, penyanyi Wany Hasrita mendedahkan, dia mengambil masa beberapa bulan untuk membina semula keyakinan membuat persembahan secara langsung di televisyen.
Menurut Wany, dia hilang keyakinan dan fobia berikutan persembahan dan nyanyiannya yang pernah dikecam teruk pada Anugerah Juara Lagu ke-32 tahun lalu.
“Saya mengambil masa lama hampir enam bulan untuk dapatkan semula keyakinan membuat persembahan secara langsung di televisyen.
“Sebelum ini saya pernah dikecam ketika persembahan di AJL32 menyebabkan saya jadi takut dah nak buat persembahan secara langsung.
“Tapi Alhamdulillah, saya dapat buang perasaan itu ketika berduet dengan Tajul di program Big Stage pada bulan Ogos tahun lalu,” katanya kepada mStar Online.
Dalam perkembangan lain, Wany bakal berkongsi pentas bersama Sufian Suhaimi dan Khai Bahar menerusi konsert mereka yang akan diadakan di empat lokasi.
sumber : rotikaya