Gara-Gara ‘Tweet’ Jangan Segan Ajak Teman Wanita Solat, Qi Razali Dikatakan Berlagak Alim

Posted on

Gara-gara memuat naik status di Twitter dengan mengajak orang untuk menunaikan solat baru-baru ini, pelakon dan pengacara Qi Razali dituduh cuba berlagak alim oleh sesetengah netizen.

Buat mereka, Qi tidak sesuai ataupun layak untuk membicarakan hal agama sedangkan teman wanitanya juga tidak menutup aurat dengan sempurna dan menuduhnya kaki kelab malam.

Bagaimanapun, Qi menafikan tuduhan yang dilemparkan kepada dirnya, jelas Qi kenyataan itu dibuat secara umum sahaja dan cuba memberikan contoh yang baik kepada masrayakat.

Siapa yang ambil nasihat itu dengan cara baik baguslah. Yang belum sampai masanya insya-Allah kita buat yang terbaik saja.

Cara kita mengajak dan membimbing ke arah kebaikan itu masing-masing punya tanggungjawab. Kan tweet saya itu diakhiri dengan ajar cara elok dan bagi contoh baik. Islam itu indah. Jangan bagi pandangan buruk terhadap agama kita dengan satu komen saja.

Apa salahnya untuk menyokong sesuatu perkara yang baik?Tidak faham betul dengan sikap sesetengah manusia yang menghakimi layak atau tidak seseorang itu berbicara soal agama hanya berdasarkan luaran mereka sahaja.

Sumber Berita : Harian Metro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.