Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Prihatin PKS (Tambahan) khusus buat pengusaha di negara ini.
Melalui sidang media yang berlangsung, kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif antaranya geran khas mikro RM3,000 untuk setiap syarikat mikro, dan dijangka dimanfaatkan 700,000 PKS mikro berdaftar dengan LHDN.
Geran khas prihatin sebanyak 2.1billion ini diperuntukkan bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.
Syarikat yang mempunyai 75 orang pekerja terima subsidi upah sebanyak RM1,200 setiap pekerja - PM Muhyiddin Yassin pic.twitter.com/j0ynVlQQOV
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) April 6, 2020
Sumber: Bernama
Xiaomi Mi 10 Lite 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
Dunia masih terus berputar walaupun majoriti insan kini terperangkap di rumah bagi merendah keluk epidemik. Dalam diam sebuah peranti bahari juga telah melepas pengesahan SIRIM menunjukkan pelancarannya yang semakin hampir. Kali ini tiba giliran Xiaomi Mi 10 Lite 5G,
Peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 765G ini melepasi pengesahan pada 2 April yang lalu. Setakat yang diketahui peranti ini dilengkapi skrin 6.57-inci AMOLED FHD+ dengan pengimbas cap jari dalam skrin. kamera utama 48-Megapixel. kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri sebesar 4160 mAh. Bateri peranti walau bagaimanapun hanya menyokong pengecasan 20W menerusi port USB-C.
Kamera utama yang adalah dari jenis kuad-kamera dalam susunan matrik 2×2 yang masih belum diumumkan konfigurasi lensanya pada majlis pelancaran. Tetapi sekilas pandang menyamai apa yang digunakan pada Redmi Note 9s yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Kamera hadapan pula diletakkan pada takuk bersaiz kecil.