Golongan B40: Tuntut Telefon Pintar, Data Percuma ‘kasiupB40’ Guna Cara Ni

Posted on

Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup harini dan lusa. KPM menerusi kenyataan hari ini memutuskan demikian berikutan penutupan semua sekolah di bawah KPM di Selangor pada tarikh sama.

KPM memaklumkan dalam tempoh penutupan tersebut, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan mengikut kesesuaian guru dan murid.

Seiring dengan itu, YES milik YTL Communications hari ini mengumumkan pelan dibawah inisiatif Jaringan PRIHATIN dengan membekalkan telefon dan data percuma untuk keluarga di individu daripada golongan B40 selama setahun.

Menariknya, inisiatif ini terbahagia kepada dua pelan;

  • YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga
  • YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Individu

Dan setiap pelan dilengkapi;

  • Telefon.
  • Data dan akses kandungan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma bagi tempoh satu tahun tanpa sebarang deposit & kontrak.
  • Terima baucer Shopee RM50 untuk pembelian barangan.

Subsidi RM300 & RM180

Pengumuman daripada YES adalah susulan pelancaran program Jaringan PRIHATIN hari ini  yang menawarkan subsidi tahunan bernilai RM300 dan RM180 untuk keluarga dan individu  yang didaftar di bawah golongan B40, bagi membantu mereka memiliki peranti dan data  yang diperlukan.

Manfaat Pelan 12-bulan YES PRIHATIN

  • Membekalkan setiap keluarga B40 dengan telefon pintar secara PERCUMA.
  • Membolehkan penerima terus kekal berhubung secara digital.
  • Data percuma selama satu tahun untuk memudahkan proses pembelajaran, pekerjaan dan perniagaan.
  • Akses penuh Learn-From-Home Yayasan YTL untuk memastikan anak-anak mempelajari modul yang bertepatan secara digital dan supaya mereka tidak tercicir. (Pelajar akan beralih ke model pengajaran dan pembelajaran atas talian mulai 17 Mei 2021 seperti yang diumukan Kementerian Pendidikan Malaysia).

Kandungan Learn-From Home

  • Kandungan Learn-From-Home merangkumi 1, 271 pelajaran untuk empat (4) subjet teras; Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains.
  • Dibuat berpandukan kurikulum kebangsaan dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5.
  • Kesemua pelajaran Learn From Home juga boleh didapati di laman sesawang Yayasan YTL  dan aplikasi FrogPlay Mobile App.
  • Aplikasi mengandungi lebih 13,000 kuiz  meliputi semua subjek teras.
  • Sejak dilancarkan, Yayasan YTL dengan kerjasama YES dan FrogAsia telah mengagihkan lebih 18 juta  GB data percuma, 450,000 kad SIM percuma dan 100,000 telefon percuma untuk mereka  yang memerlukannya.

Kalau tengok jadual ni, plan YES boleh dilihat antara yang paling murah + berbaloi. Tiada kontrak, tiada caj kemasukkan, tiada bayaran bulanan dan pendahuluan. Semuanya FREE OF CHARGE. Kenapa nak bayar kalau ada yang percuma?

Macam mana nak daftar?

Kedua-dua pelan tersebut kini boleh  didapati di www.yes.my/kasiupB40 dan aplikasi MyYes atau hubungi 018 3333 303.

Telefon dan kad SIM YES PRIHATIN akan dihantar secara percuma  kepada para pemohon yang berjaya.

One thought on “Golongan B40: Tuntut Telefon Pintar, Data Percuma ‘kasiupB40’ Guna Cara Ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.