Kucing tergolong haiwan yang cenderung susah untuk difahami. Kadang terlihat agresif, kadang tidak peduli bahkan nampak malas. Akibatnya tidak semua pemilik kucing tahu bila waktunya kucing merasa kesal, sedih, atau sedang berusaha menunjukkan kasih sayangnya. Tentu saja kucing tidak akan berlari dan melompat ke tubuh kita saat kita tiba di rumah seperti yang biasa dilakukan seekor anjing. Kucing punya caranya yang tersendiri dalam menunjukkan kasih sayangnya kepada kita, menurut pakar perilaku kucing Rover Mikel Delgado.
Begini cara kucing mencintai tuannya, jika anda ingin tahu.
1. Berdengkur
Kucing yang berdengkur menandakan dia bahagia. Jika ia mendengkur ketika kita mengusap telinganya atau ia berbaring di pangkuan kita, besar kemungkinan haiwan lucu ini mencuba memberi tahu bahawa ia sayang pada kita. Mendengkur juga boleh jadi tanda kucing sedang dalam masalah atau meminta perhatian.
2. Duduk di sebelah tuannya
Kucing secara diam-diam menunjukkan kasih sayang dengan duduk di sebelah kita, meskipun mereka membelakangi kita. Jika kita melakukan hal yang dibenci kucing, dia tidak akan menunjukkan kasih sayang seperti ini.
3. Duduk di pangkuan kita
Kucing yang menghampiri dan duduk di pangkuan kita jelas menandakan bahawa ia peduli dan selesa bersama kita.
4. Memperlihatkan perut
Jika seekor kucing berguling telentang untuk menunjukkan perutnya, itu ertinya dia percaya dan menyayangi kita. “Meskipun perut yang terbuka adalah tanda kepercayaan kucing, tapi itu bukan bererti ia mahu perutnya dibelai,” ujar Delgado.
5. Menjilat
Kucing merawat dirinya dan membantu merawat kucing lain dengan cara menjilat tubuh mereka dan ia juga akan melakukan hal serupa kepada kita. Lidah kucing akan terasa kasar saat terkena kulit kita, tetapi fahamilah ia sedang menunjukkan rasa cintanya.
6. Mengosokkan kepala pada kaki kita
Jika kita memelihara kucing, tentu kita sudah tahu apa alasannya dia mengusap kepala atau tubuhnya pada kaki kita. Itu ertinya, dia senang melihat kita sebagai tuannya.
7. Mencari perhatian
Kucing mencari perhatian dengan berbagai cara dan kadangkal itu agak mengganggu. Ketika kucing mencakar atau mengikuti pergerakan kita, ia sebenarnya mencuba menunjukkan kasih sayangnya.
8. Mengenyit mata
Kucing yang mengenyitkan matanya secara perlahan menandakan dia selesa berada dekat dengan kita. Mengenyitkan mata juga merupakan cara untuk memberi tahu bahawa dia berterima kasih kepada kita. Ketika dia memejamkan seluruh matanya, dia percaya pada kita.
9. Menegangkan ekor dan sedikit melekuk
Ekor kucing yang tegak dan melengkung di bahagian pangkalnya menunjukkan ia mencintai kita.
10. Mencuit kita dengan kaki
Sikap yang sederhana dan comel dari seekor kucing boleh memiliki erti yang dalam, seperti menyentuh tubuh kita dengan kakinya.
Sumber- Reader’s digest