Aliff Aziz & Ruhainies

Guna Lagu & Emoji Yang Sama, Netizen Dakwa Aliff Aziz & Ruhainies Berbalas Hantaran Di Instagram ‘Story’?

Posted on

Sesetengah netizen mendakwa penyanyi Aliff Aziz dan aktres Ruhainies dalam diam berbalas hantaran di Instagram story.

Menerusi komen di Facebook, beberapa individu malah turut berkongsi gambar dari IG story dua selebriti tersebut yang dilihat menggunakan emoji yang sama.

Aliff Aziz & Ruhainies

Bukan itu sahaja, lebih membuatkan netizen berpendapat sebegitu adalah kerana IG story dikongsikan Aliff dan Ruhainies berlatar belakangkan lagu yang sama.

Selain lagu yang sama, netizen juga mendakwa hero dan heroin drama Terjerat itu menggunakan kapsyen yang sama.

Aliff Aziz & Ruhainies

Aliff Aziz & Ruhainies

Meskipun selepas beberapa bulan isu tentang dakwaan hubungan mereka dan perceraian Aliff serta Bella Astillah, nampaknya aktor itu dan Ruhainies masih menjadi sasaran kecaman netizen di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.