Guru KAFA Dapat Elaun Penuh Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan – JAKIM

Posted on

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, para pendidik tidak dapat menjalankan tugasan mereka ekoran daripada penutupan semua sekolah di Malaysia kerana wabak Covid-19 yang melanda di negara kita.

Menerusi perkongsian daripada laman Facebook rasmi Ketua Pengarah JAKIM telah mengumumkan elaun bagi guru KAFA akan diberi secara penuh sepanjang tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan ini.

JAKIM menyedari kesulitan yang dihadapi oleh seramai 35,000 orang guru KAFA JAKIM di seluruh negara yang tidak dapat melaksanakan tugas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan susulan wabak COVID-19 mulai 18 hingga 31 Mac 2020.

Oleh itu, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah bersetuju supaya pembayaran elaun penuh iaitu RM1000.00 kepada semua guru KAFA diteruskan bagi bulan Mac 2020 walaupun sesi pembelajaran tidak diadakan dalam tempoh tersebut.

Inisiatif ini selari dengan hasrat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang telah melancarkan kempen #musaadahcovid19 bagi membantu mereka yang terjejas dengan isu COVID-19.

Sekian.

HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM
21 Mac 2020

Sumber: Ketua Pengarah JAKIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.