Sekiranya anda seorang yang gemar masuk ke dapur, pastinya anda akan perasan kadang kala api pada bahagian dapur gas anda akan bertukar menjadi warna oren atau merah yang dikatakan boleh menyebabkan bahagian belakang kuali menjadi hitam.
Jika berlaku perkara sebegini anda akan mungkin membuat keputusan untuk membeli dapur gas yang baru. Dalam satu perkongsian di facebook Sharina Binti Othman ada berkongsi cara mudah untuk membersihkan dapur gas dan menjadikan api kembali bertukar warna biru.
Api dapoq gas tetiba oren..
Habis berjelaga periuk kesayangan..
Nak gosok periuk tu, alahai boleh sado tangan tu..
Rasa nak beli dapoq gas baru ja kan..
Tapi tu la bajet pun cukup² ja..Sapa pernah mengalami situasi sebegini..??
Lani hangpa baca setiap caption kat gambaq nah..
Ni dapoq gas yang biasa tu nah.
Setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren/merah.
Caranya.:
Buka tungku api, ketuk² untuk keluarkan segala karat² yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
Dan pasang semula tungku api tersebut.Jika api masih oren/merah juga maka boleh la tukaq tungku api atau minta suami anda belikan dapoq gas yang baru..
Gambaq yang terakhir k.nana terbaca di komen group MAHN.
Nampak api berwarna oren ni. Kalau letak periuk atau kuali mesti tak sampai seminit hitam bontot kuali tu.
Pusingkan benda tu (yang anak panah)
Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu (anak panah)
Nah hasilnya. Tak payah nak pening-pening kepala. Nak sental periuk. Nak beli dapur gas baru. Alhamdulillah jimat duit.