“Hadiah Cincin Dari Hafreez Adam Bukan Tanda Kami Bakal Nikah” – Zara Zya

Posted on

Selepas Ruhainies, kini giliran Zara Zya pula menerima sebentuk cincin dari kekasih hati. Tapi ianya bukanlah cincin lamaran tetapi kata Zara cincin tersebut hanyalah hadiah hari jadi dari Hafreez Adam.

“Sebenarnya foto yang saya memuat naik itu bukanlah memberi bayangan atau gambaran apa-apa yang mengatakan kami bakal berkahwin. Cuma, saya mahu berkongsi waktu gembira dengan peminat di laman sosial sahaja”

“Sejujurnya, cincin itu hanyalah hadiah hari lahir saya sahaja. Hafreez sengaja nak sambut hari kelahiran saya lewat sebab tak nak saya syak apa-apa. Sudah tentulah saya terkejut dengan apa yang dia buat. Tapi lagi terkejut dapat cincin itu,” jelasnya mengenai dakwaan ramai.

Bagaimanapun tindakan pelakon itu memuat naik gambar jari disarungkan cincin menimbulkan spekulasi ramai. Ada juga mengatakan gambar tersebut memberi bayangan Zara bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Difahamkan Hafreez sengaja menyambut ulangtahun kelahiran Zara lambat kerana ingin memberikan kejutan. Selain kejutan cincin, Hafreez juga memuat naik video mereka makan malam romantis bersama.

sumber :mstar online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.