Sekurang-kurangnya 42 penduduk Palestin meninggal dunia dalam serangan tentera Israel di bumi Gaza, semalam yang disifatkan korban terburuk sejak konflik bermula Isnin lalu.
Pesawat rejim itu melakukan serangan bertubi-tubi ke atas wilayah diduduki penduduk Palestin pada Ahad hingga awal pagi ini termasuk kawasan padat penduduk dan kota bergelap, menurut AFP.
Tentera Israel dilapor menghantar jet pejuangnya hari ini untuk menyasarkan ‘sarang pengganas di Semenanjung Gaza’, meskipun menerima desakan dunia supaya serangan dihentikan.
Dakwa rejim itu, 3,000 roket dilepaskan dari Gaza ke kawasan jajahannya, jumlah tertinggi pernah direkodkan, namun 450 roket jatuh di perairan selain lebih 1,000 roket berjaya dipintas.
Memasuki hari kelapan konflik, mangsa korban di Gaza dilapor cecah 197 orang dan jumlah itu dijangka meningkat susulan operasi menyelamat di kawasan runtuhan.
Sebanyak 10 kematian di jajahan Israel.
sumber: harian metro