Hampir 500 juta haiwan mati akibat kebakaran di Australia

Posted on

SYDNEY – Hampir setengah bilion haiwan terbunuh akibat kebakaran hutan di Australia dan ia dikhuatiri mampu menghapuskan semua spesies di negara itu.

Ahli ekologi dari Universiti Sydney menganggarkan sebanyak 480 juta mamalia, burung dan reptilia telah hilang sejak September lalu dengan angka itu akan terus melonjak.

Kebakaran yang memusnahkan negeri Victoria dan New South Wales (NSW) sejak beberapa hari lalu turut mengorbankan beberapa nyawa dengan beberapa lagi dilaporkan hilang.

“Kebakaran yang begitu panas dan merebak dengan pantas menyebabkan kematian yang ketara terhadap haiwan terutamanya di dalam pokok.

“Terdapat kawasan besar yang masih terbakar dan menyukarkan pasukan penyelamat menemui bangkai haiwan,” jelas Mark Graham dari Majlis Pemuliharaan Alam.

Sementara itu, sukarelawan penyelamat haiwan, Tracy Burgess berkata, pusat menyelamatnya menerima kurang haiwan daripada dijangka dan perkara itu sangat membimbangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.