SETIAP pasangan pengantin mempunyai cara yang tersendiri bagi meraikan majlis perkahwinan masing-masing. Ia termasuklah pemberian hantaran yang paling bermakna kepada pengantin lelaki dan perempuan.
Kandungan
Al-Quran tulisan tangan jadi hantaran
Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang jurugambar perkahwinan telah menceritakan perihal rakannya yang memberi hantaran senaskah al-Quran yang ditulis sendiri kepada pengantin perempuan.
Haritu aku ada shoot member aku nikah.
Apa yg buat aku kagum dgn dia ni, hantaran yang dia bagi adalah senaskah Al-Quran yang dia tulis sendiri !
Ambil masa 3 tahun untuk tulis Al-Quran tu masa dia belajar dulu. And now dia bg kt isteri dia 😍
Semoga kekal hingga Syurga ✌️ pic.twitter.com/KLJSqJfFPG
— . (@rajanazrin_) April 26, 2019
Tiga tahun ambil masa tulis tangan
Thread yang dibuat oleh Raja Nazrin mendapat perhatian warga Twitter berikutan kegigihan pengantin lelaki tersebut memberikan sesuatu yang begitu istimewa buat isterinya.
Menurut Raja Nazrin, Al-Quran itu ditulis ketika dia dan rakannya itu sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak tiga tahun lalu.
Cantiknya tulisan jawi dia..
Rata-rata netizen berasa kagum dengan pemberian tersebut. Mereka turut berasa terpegun dengan tulisan tangan pengantin lelaki yang sangat cantik dan tersusun itu.
Hadiah paling bermakna buat isteri
Semoga rumahtangga kekal bahagia
Sumber: Raja Nazrin