Bersedekah adalah salah satu amalan yang sangat mulia kerana dengan bersedekah kita mampu membantu orang yang berada dalam kesusahan, mungkin juga kita telah menyuap mulut-mulut anak yatim yang sedang kelaparan dan mungkin juga kita telah menyelamatkan nyawa seseorang dengan kuasa sedekah.
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Hurairah telah berkongsi satu pengalaman bersedekah yang pada dirinya ‘pulangan’ sedekah itu sangat luar biasa.
Cerita bermula ketika beliau sedang makan di sebuah medan selera bersama emaknya di kawasan Cheras. Kemudian, di sebelah meja mereka ada dua orang mak cik juga sedang menjamu selera, makan nasi lemak dan air teh.
Mak Hurairah menyuruhnya untuk bayarkan sekali apa yang dimakan oleh dua orang mak cik tersebut dan jumlah termasuk makanan dan air yang disantap oleh beliau dan emaknya hanya dalam RM20.
Tak disangka-sangka, pada malam hari yang sama beliau mendapat ‘job’ yang bernilai RM2,000. Bermula pada kejadian itu dia mula percaya kalau kita bagi, Tuhan akan bagi lebih pada kita.Emaknya pula berpendapat, “mana tau diorang (dua orang mak cik) doa adik murah rezeki.”
Aku lupa nak share satu story. 2 bulan lepas,aku ada bawak mak aku makan kat foodcourt area Cheras. Table sebelah ada 2 orang makcik cleaner (kot) makan nasi lemak dengan teh. Mak aku suruh bayarkan sekali diorang dengan mak aku punya,total dalam rm20. Malam tu dapat job 2k 😂😂
— Bae Rah (@cazzrah) August 28, 2020
Mak aku siap cakap "mana tau diorang doa adik murah rezeki" wew padat jugek ayat beliau. Tapi memang malam tu jugak ada job masuk. Aku memang terus start percaya kalau kita bagi,Tuhan akan bagi lebih. Okay sekiannnn
— Bae Rah (@cazzrah) August 28, 2020
Sumber: Hurairah