“Hanya Ingat Mati Dan Allah,” Lelaki Ini Diserang Perusuh Kerana Berjubah, Berjanggut Dan Pakai Serban Di India

Posted on

Susulan daripada pergolakan yang berlaku sekarang di New Delhi melibatkan orang Muslim sangat sengsara. Penduduk Muslim di sana dalam keadaan huru hara dipercayai akibat rusuhan daripada kaum Hindu yang tidak berpuas hati.

Sehingga semalam, hampir 32 penduduk terbunuh dalam serangan tersebut.

Seorang mangsa yang bernama Mohammad Zubair menceritakan detik-detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa keganasan ketika serangan itu berlaku.

Zubair berkata, niat hanya untuk mengelakkan diri daripada kekecohan yang berlaku namun tetapi beliau salah. Tindakannya memasuki lorong gelap itu salah dan menyebabkan beliau dipukul dengan kayu dan batang logam oleh segerombolan pemuda.

Tambahnya lagi, mereka (pengganas) melihat penampilan beliau seperti orang Muslim kerana berjubah, berjanggut dan memakai serban. Mereka terus menyerang sambil menjerit melaungkan ‘Jai Shi Ram’.

Mangsa berlumuran darah di seluruh tubuh sehingga jubah yang dipakai bassah kerana darah yang mengalir.

Ia seperti serangan tanpa keperimanuasiaan kerana menyerang mangsa yang tidak memiliki senjata pertahankan diri. Yang hanya fikir ketika itu adalah mati dan Allah.

Petik daripada laporan berita, agama minoriti ditindas daripada masyarakat Hindu, Sikh dan Kristian untuk kelayakan menerima kewarganegaraan. Terutamanya masyarakat Muslim yang tidak menikmati semua kelebihan yang sama.

Menurut seorang saintis politik berkata peristiwa ini mengingatkan mereka tentang keganasan yang berlaku kerana anti-Sikh pada tahun 1984 lalu.

Rusuhan ini telah mengakibatkan 32 orang terbunuh dan lebih 200 orang cedera dalam beberapa keganasan yang berlaku sepanjang minggu ini di New Delhi.

Sumber: Tribunnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.