Siapa sangka penyanyi Sufian Suhaimi sanggup menyahut cabaran diberikan oleh stesen radio Era FM dimana beliau perlu menghubungi bekas kekasihnya hanya untuk mengucapkan perkataan ‘sorry’.
Agak menggelabah pada mulanya, Sufian akhirnya berjaya juga melaksanakan cabaran itu.
Namun, masih ada juga yang terhibur dengan gelagat penyanyi itu yang dikatakan agak ‘sempoi’. Apa pula pendapat anda tentang cabaran seperti ini? Betul ke tidak menjaga sensitiviti orang lain?