Hari pertama hantar anak ke sekolah, taska atau tadika dah tentu bukan sesuatu yang mudah buat anak-anak mahupun ibu bapa. Hari pertama sekolah Bukan si anak saja yang nervous, bahkan ibu pun lagi berkali ganda risaunya.
Biasanya bila ibu ayah dah nak melangkah keluar dari pintu tu, mesti ada anak yang akan mula keluar air mata, menjerit, menangis dan mengejar.
Sebagai ibu ayah, secara automatik kita akan rasa sedih, kasihan, tak sampai hati. Seboleh-bolehnya kita nak pujuk dia sampai dia ok kan? Rasa bersalah mesti ada kalau tinggalkan mereka dalam keadaan macam tu.
Tapi sebenarnya, secara psikologinya cara mengucapkan selamat tinggal yang paling baik adalah yang paling pendek dan ringkas.
Ini beberapa perkara tentang separation anxiety yang ramai parents kena tahu.
Kandungan
- 1 5 PERKARA IBU AYAH KENA FAHAM TENTANG ‘SEPARATION ANXIETY’ PADA HARI PERTAMA SEKOLAH
- 2 1. TANGISAN PADA HARI PERTAMA ADALAH NORMAL
- 3 2. ANAK PERLU BELAJAR MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL
- 4 3. MAKIN LAMA TUNGGU, ANAK MAKIN EMOSI
- 5 4. JANGAN TERUS ‘HILANGKAN DIRI’
- 6 5. MUDAHKAN GURU / PENJAGA
- 7 BERIKAN MASA
- 8 10 Tips Hari Pertama Sekolah Elak ‘Separation Anxiety’, Confirm Anak Tak Nangis!
5 PERKARA IBU AYAH KENA FAHAM TENTANG ‘SEPARATION ANXIETY’ PADA HARI PERTAMA SEKOLAH
1. TANGISAN PADA HARI PERTAMA ADALAH NORMAL
Walaupun kita rasa kejam tinggalkan anak yang tengah menangis, ibu ayah perlu faham bahawa kelakuan anak itu adalah normal.
Separation anxiety memang berlaku pada kanak-kanak, terutamanya jika mereka jarang berpisah atau berjauhan daripada ibu bapa. Cuma bezanya, tempoh masa yang diperlukan oleh kanak-kanak tersebut untuk mengawal perasaan masing-masing.
Jadi, janganlah risau sebab anak kita cuma perlukan masa untuk memahami rutin baru ini.
2. ANAK PERLU BELAJAR MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL
Anak kita perlu peluang untuk belajar bahawa walaupun ibu ayah akan pulang, mereka akan datang semula untuk ambil mereka.
Mereka perlu melihat wajah ibu ayah yang tenang kerana ia akan membantu mereka berasa lebih selamat.
Kalau kita buat muka risau dan asyik patah balik untuk tengok keadaan anak, mereka pun tak senang duduklah dibuatnya.
3. MAKIN LAMA TUNGGU, ANAK MAKIN EMOSI
Short and sweet is the best goodbye.
Bila kita asyik menangguh dan melayan emosi hanya akan menjadikan anak lebih resah dan gelisah.
Salam, cium tangan / peluk, lambai dan pergi. Pesanan semua cakap awal-awal masa di rumah atau dalam kereta.
Konsep perpisahan dengan anak lebih mudah difahami oleh anak jika ibu ayah menjadikannya mudah.
4. JANGAN TERUS ‘HILANGKAN DIRI’
Oh ya, kalau tak mahu anak menangis, janganlah terus pergi dan hilangkan diri masa dia tengah leka buat sesuatu.
Penting tau ucapkan selamat tinggal pada anak sebab ia akan buat anak kita rasa selamat. Kalau kita tiba-tiba lesap, anak akan rasa takut dan tak percayakan kita lain kali. Jangan ingat mereka akan lupa. Anak-anak ni cerdik tau!
5. MUDAHKAN GURU / PENJAGA
Apabila ibu ayah tunjukkan bagaimana kita percayakan guru atau penjaga, anak-anak pun lebih mudah untuk ikut perkara yang sama.
Berlegar-legar di sekitar kelas, menyelinap di tepi tingkap, melambai dari luar kelas boleh menyebabkan guru rasa kurang selesa untuk memulakan aktiviti sebab anak-anak susah nak beri perhatian.
Jangan risau, cikgu-cikgu kebanyakannya dah berpengalaman dan dah jumpa macam-macam karenah anak-anak tau!
BERIKAN MASA
Hari-hari pertama persekolahan atau penempatan di pusat jagaan adalah pengalaman baru bagi anak-anak kita. Berikan masa pada mereka untuk menyesuaikan diri.
Secara positifnya, ia adalah tanda anak-anak sayangkan kita. Dan mengatasi separation anxiety juga adalah salah satu milestone di mana anak-anak mula memahami bahawa ibu ayah tetap ada walaupun kita tak kelihatan dari pandangan mereka.
Jadi lepas ni ibu ayah tak perlulah berlama-lama sangat masa nak hantar anak ke sekolah ya.
Cukup dengan rutin yang simple saja. Walaupun rasa nak tengok, tetap jalan terus. Ia akan memudahkan anak kita dalam proses memahami rutin baru ini.
Tak percaya, cubalah!