“Harus Hukumnya Ceraikan Isteri Yang Sedang Hamil”

Posted on

Berikutan kontroversi perceraian pencetus ummah, PU Abu ketika ini, banyak pihak menyuarakan rasa marah dengan tindakan zalim pendakwah menceraikan isteri demi untuk berkahwin dengan seorang janda.

“Hukum Talak PU Abu Bukan Isunya, Tapi Kewajaran”

Turut mengulas isu tersebut, rakan pencetus ummah, Da’i Wan yang panjang lebar menjelaskan hukum hakam situasi berkenaan. Namun sedikit kenyataan Da’i Wan telah mengundang persoalan dan berang netizen.
Dalam kenyataan terbabit, Da’i Wan telah menyatakan bahawa menceraikan isteri yang sedang hamil adalah ‘harus’ dan sah disisi agama Islam. Dalam tweet yang sama, Da’i Wan turut ‘mengajar’ orang lain mengenai hukum bercerai.

Kenyataan Da’i Wan itu telah mengundang rasa sedih seorang netizen yang menganggap hukum talak yang dilafazkan oleh PU Abu itu bukanlah isu utama, tetapi kewajaran tindakan PU Abu menceraikan isteri ketika hamil.

Mungkin kerana hubungan persahabatan yang terjalin membuatkan Da’i Wan sedikit ‘bias’ dalam memberikan kenyataan. Ada betulnya juga pendapat netizen dalam perkara ini, harap Da’i Wan lebih telus mengulas hal ini.

Jika anda mahu baca lebih lanjut tentan penjelasan Da’i Wan, boleh pergi ke akaun Twitter beliau. Banyak ulasan yang diberikan serta ‘kelas percuma’ buat para netizen mengenai hal ini.

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.