Anak Selalu Kena Tengking

Hati-Hati, Anak Selalu Kena Tengking Akan Lebih Agresif

Posted on

Kadang kala ibubapa selalu merungut tentang sikap anak-anak. Pelbagai cara mereka lakukan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Ibu bapa juga cuba untuk ‘menyempurnakan’ anak-anak tetapi tanpa mereka sedari, banyak kesilapan yang telah dilakukan tanpa sengaja.

Perkongsi Taufiq Razif di laman Facebook miliknya berkongsi kesan menengking anak-anak.

Menurutnya, apabila ibu bapa menengking anak anak, otak mereka akan mengaktifkan hormon stress yang menyebabkan anak-anak tidak mendengar kata.

Bahaya Tengking Anak

Bila kita tengking anak kita, bahagian otak anak kita yang bernama Amygdala tu akan aktif.

Amygdala pula akan aktifkan Hypothalamus. Hypothalamus pula akan aktifkan kalenjar Pituitari. Kalenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan anak kita iaitu hormon cortisol , adrenaline dan noradrenaline.

Hormon cortisol ni nanti akan buatkan otak anak kita kehilangan neuron di bahagian Pre-Frontal Cortex tu. Padahal bahagian Pre-Frontral Cortex tu kena berkembang sempurna, baru anak jadi mudah dengar cakap.

Tu yang kita makin tengking anak kita, dia makin jadi agresif dan susah dengar cakap.

Makin kita tengking anak kita, makin aktif amygdala otak kita sebab ianya akan aktif bila kita makin emosi. Macam otak anak kita juga, bila amydala otak kita aktif maka ia akan aktif Hypothalamus dan Hypothalamus ni akan aktifkan kalenjar Pituitari.

Kalenjar ini pula akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan kita iaitu hormon cortisol, adrenaline dan noradrenaline.

Efek hormon stress ni pada badan kalau ianya selalu sangat aktif :

– lebih berisiko kena penyakit jantung
– lebih mudah kena depression dan anxiety
– kacau sistem pencernaan kita
– kacau tidur kita
– badan makin cepat gemuk
– lebih cepat lupa
– mudah sakit kepala dan migrain

Aduh. Jadi tak baik la tengking anak ni? Memang tak lah. Sebab efeknya bukan cuma pada anak tapi melarat sampai kepada tukang tengking anak tu juga.

Sebab tu saya selalu ajar ilmu ni pada isteri saya ‘bila rasa nak marah melampau tolong Time Out diri sendiri dulu’.

Cari masa untuk PAUSE sebentar. Bagi masa untuk bagi fikiran rasional tu kembali kuasai diri sebab kalau kita tegur anak masa kita tengah marah melampau, masa tu yang kawal diri kita bukan fikiran rasional tetapi yang kuasai diri kita pada masa tu adalah fikiran emosional’

Taufiq Razif
Seram dah nak tengking anak

p/s : Itulah kenapa pentingnya belajar ilmu parenting bersama pasangan masing masing. Ajak pasangan join belajar ilmu parenting percuma di Telegram Nota Parenting dengan klik link ni 👉t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber: Taufiq Razif

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.