Heboh di Terengganu Lelaki Mengaku ‘Raja Bunian’. Ramai Terkejut Peralatan Aneh Ditemui Semasa Serbuan

Posted on

Seorang lelaki yang mendakwa sebagai ‘raja bunian’ dan disyaki menjalankan aktiviti ajaran Islam meragukan di Dungun, Terengganu akan didakwa pada Julai ini.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Terengganu (JHEAT), Nik Zuhaiza Ismail berkata suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin.

Jelasnya suspek akan didakwa pada 28 Julai ini mengikut Seksyen 6 Akta Syariah Jenayah Takzir Terengganu 2001 kerana membuat dakwaan palsu.

“ Perisytiharan adalah palsu dan berlawanan dengan ajaran Islam maka dikira satu kesalahan dan mahkamah boleh mendenda RM3,000 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu suspek dikatakan tidak bercadang untuk turun takhta biarpun ditahan pihak JHEAT.

Malahan lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa akan berbincang dengan pembesar dari kalangan jin terlebih dahulu sebelum membuat keputusan meletak jawatan.

Suspek yang ditemui di pejabat JHEAT di Kuala Terengganu mendakwa dia mewakili seluruh warga jin di alam ini.

Dakwanya lagi, pelantikan dia sebagai raja bunian juga mendapat perkenan empat sahabat Rasulullah yang didakwa ditemui secara jaga ketika berada di surau di Bukit Bauk.

Suspek pada Ahad ditahan kerana menjalankan aktiviti ajaran Islam yang meragukan di sebuah surau di Taman Rimba Bukit Bauk, Dungun, Terengganu.

Suspek yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Muda Abdul Aziz didapati telah menetap di surau tersebut sejak enam bulan lalu.

Polis turut rampas peralatan aneh

Suspek mendakwa mendapat gelaran Raja Muda daripada kerajaaan jin yang didakwa mendiami kawasan hutan berhampiran dan menjadikan surau tersebut sebagai istananya.

Dalam tangkapan tersebut, pihak polis turut merampas sebatang kayu mimbar yang dibalut dengan kain kuning dan putih dan dua buah batu nisan.

Turut dirampas pelbagai barangan seperti sofa yang dijadikan sebagai kerusi takhta, kitab dan beberapa barangan lain.

Menurut polis, ketika serbuan mereka menemui sebuah sofa yang dijadikan sebagai takhtanya sebagai ‘Raja Muda’, payung tergantung, kitab dan beberapa barangan lain yang dipercayai digunakan untuk tujuan pemujaan

Selain itu, pemuda tersebut juga didapati menampal perkataan ‘Istana Raja Muda Abdul Aziz’ di dinding surau. Selepas di mendakwa baru sahaja ditabalkan sebagai Raja Muda, dua bulan lalu.

Paling best selepas polis jalankan pemeriksaan dan membawa pemuda itu keluar dari surau , pemuda itu bertindak melaungkan perkataan ‘Daulat Tuanku’ beberapa kali.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.