Jena zah Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang disahkan terk0rban akibat s3rangan pengg4nas di dua Masj1d di Chr1stchvrch, New Zealand, dalam keadaan tersenyum dan umpama tidur.
Ibu saudaranya, Zarina Shuib, 53, berkata, dia dimaklumkan wajah anak saudaranya, Haziq bercahaya ketika jena zah anak kedua daripada empat adik beradik itu diuruskan.
Menurutnya, mereka sekeluarga sememangnya sedih menerima berita pemergian Haziq kerana mengharapkannya masih hidup selepas dilaporkan hilang.
“Jikalau diikutkan, saya memang ada menerima makluman berita sedih berkaitan Haziq yang dikongsikan Exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh malam tadi melalui aplikasi WhatsApp.
“Pada mulanya, saya kurang percaya dia sudah mening gal dunia memandangkan kami sekeluarga masih mengharapkan yang Haziq terselamat dalam ins1den t3mbakan itu,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia akhirnya percaya apabila menerima ucapan takziah daripada rakan-rakan sebelum menerima maklumat berkaitan arwah Haziq yang disahkan Wisma Putra.
Menurutnya, dia memang terkejut dan bersedih apabila menerima perkhabaran itu, bagaimanapun reda dengan pemergian Haziq menghadap Ilahi selepas hampir seminggu dilaporkan hilang.
“Kami sekeluarga sedih namun reda dengan kehilangan Haziq buat selama-lamanya. Mungkin, sudah sampai masanya dia pergi dan ketentuan ALLAH SWT.
“Sebelum ini, kami ingat dia masih hidup. Tapi, nak buat macam mana… kami terpaksa menerima dengan tabah dengan kejadian berlaku,” katanya.
Menurutnya, anak saudaranya juga mening gal dunia dalam keadaan masih berwudhu dan ketika menunaikan solat.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang (waktu tempatan), lebih 50 maut dan lebih 50 lagi cedera akibat t3mbakan rambang berdekatan Masj1d Al-Noor berhampiran Hagley Park dan Masj1d Linwood di Chr1stchvrch.
Empat rakyat Malaysia disahkan terlibat dalam s3rangan pengg4nas di dua Masj1d di Chr1stchvrch, New Zealand, pada Jumaat lepas, tiga daripadanya cedera Mohd Tarmizi Shuib, Rahimi Ahmad dan Nazril Hisham Omar, sementara anak kedua Tarmizi, Haziq Tarmizi, 17, dilaporkan hilang dalam kejadian tembakan itu.
Juga Perkongsian Putera Sriwijaya :
Pengebumian jena zah Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, telah disempurnakan di Memorial Park Cemetery Bromley selepas Zohor (waktu tempatan), hari ini.
Salah seorang yang berkesempatan bersama menyempurnakan pengebumian itu, Putera Sriwijaya bersyukur dapat menyertai upacara itu di Facebook miliknya.
Katanya, jena zah adik Haziq telah selamat disolatkan dan dikebumikan lebih kurang sejam yang lepas.
“Alhamdulillah berpeluang mengusung ker4nda dan menurunkan jena zah syuhada ke dalam liang lahad. Saya menjadi saksi wajah jena zah sangat bersih seperti tidur sahaja walaupun sudah seminggu pergi.
“Hidung dan bibir merah seperti masih hidup. MasyaAllah. Barangkali ada amalan arwah ketika hidupnya sehingga terpilih untuk m4ti dalam keadaan husnul khotimah,” katanya.
P/s: Tiada gambar diambil berhampiran sebagai penghormatan kepada pihak keluarga abg Tarmizi.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber : Sinar Harian