Disaat-saat penularan wabak COVID-19 di negara kita, petugas kesihatan antara individu yang paling bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab mereka namun ada sesetengah pihak tidak menghargai pengorbanan mereka.
Hangat diperkatakan apabila Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak COVID-19.
Difahamkan, video pertama dipercayai milik penyanyi Dayangku Intan yang mempunyai impak tontonan tinggi dan juga video milik Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang menyokong isu dibicarakan oleh Dayang.
Menerusi video tersebut, Dayang berkata dia mengalami demam, sakit kepala, tekak dan badan. Menyedari simptom yang dialami sama dengan COVID-19, dia segera ke Hospital Putrajaya untuk melakukan pemeriksaan.
Malah, Dayang berkata dia ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan atas saranan rakannya yang juga doktor pakar. Namun, Dayang mendakwa mendapat layanan kurang memuaskan.
Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said dalam satu kenyataan hari ini berkata isu berkenaan telah diperbesar-besarkan dengan perkataan kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan tugas.
Menurutnya, orang awam sepatutnya lebih peka dengan keadaan semasa wabak Covid-19 dan setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan ditetapkan sepanjang mengendalikan wabak itu.
Katanya lagi, penularan video berkenaan sekaligus telah memberi tekanan emosi kepada para petugas sedangkan sokongan moral dan semangat yang harus diberikan, dan bukannya kata cacian dan kesat.
Realme 3/3 Pro Menerima Kemaskini Tampalan Sekuriti Mac 2020
Realme 3 Pro dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei tahun lepas dengan skrin 6.3″ dan dijana Snapdragon 710. Realme 3, iaitu adiknya dilancarkan terlebih dahulu pada bulan Mac 2019 dengan skrin 6.22″ dan cip Helio P60. Terdapat satu lagi model yang lebih rendah spesifikasinya dan lebih murah jualannya, Realme 3i – namun ia tidak dijual di Malaysia.
Terkini, ketiga-tiga peranti ini telah menerima kemaskini tampalan sekuriti bulan Mac 2020. Untuk Realme 3 hanya pepijat sahaja dibaiki sedikit dan memastikan stabiliti sistem lebih baik. Pada Realme 3 Pro, terdapat lebih banyak perkara dikemaskini – berikut adalah senarai log perubahan;
- Kesan audio dalam permua dioptimasikan
- Membaiki kebarangkalian masalah pada animasi boot.
- Membaiki masalah kebarangkalian aplikasi pihak ketiga tersangkut
- Penggunaan kuasa sistem dioptimasikan
- Membaiki masalah membeku akibat pengurusan memori yang lemah
- Membaiki masalah imej/tangkapan imej tidak terpapar selepas mengemaskini sistem peranti.
Disebabkan Realme 3i tidak dilancarkan di Malaysia, saya tidak akan senaraikan perkara yang dikemaskini. Untuk Realme 3 dan Realme 3 Pro, kemaskini akan diedarkan secara berperingkat. Beberapa pengguna akan menerimanya terlebih dahulu sebelum diedarkan secara lebih meluas.
Nama kemaskini untuk Realme 3 Pro adalah RMX1851EX_11.C.04, manakala Realme 3 pula adalah RRMX1821EX_11.A.26. Semak notifikasi anda dan tetapan di bahagian kemaskini untuk muat turun dan pasang.