Manusia hanya merancang perjalanan hidup, Allah jua penentu mana yang terbaik untuk dilalui hamba-Nya.
Begitulah apa yang terjadi antara hubungan Norman Hakim dan Abby Abadi. Dia menjelaskan kepada MyMetro bahawa ukhuwah bersama Abby 100 kali ganda lebih baik berbanding ketika mereka menjadi pasangan suami isteri dahulu.
Kedua-dua keluarga besar ini telah berangkat menunaikan umrah bersama anak-anak tersayang dan baru sahaja pulang ke tanah air.
Dia dan Abby juga tidak terlepas dengan ujian dalam perkahwinan hingga membawa penceraian.
Kesilapan lalu telah mengubah hidup kedua-duanya dan masing-masing bermuhasabah diri, tambahan pula Norman mempunyai tiga anak ketika berkahwin dengan Abby.
Norman juga mengakui kesilapannya menjadi suami serta culas dengan tanggungjawab ketika berumah tangga dahulu.
Tambahnya lagi, dia turut bersedih dengan apa yang menimpa Abby dan suaminya apabila kehilangan anak yang baru sahaja beberapa bulan dilahirkan.
Hubungan Norman dan Abby perlu dijadikan contoh kepada pasangan lain. Mereka berdua cukup kuat mengharungi dugaan hidup dan kini berjaya mendidik anak-anak menjadi lebih baik daripada mereka
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:cari