Tindakan sepasang ibu bapa yang ingin menghantar komputer riba milik anaknya di sebuah kolej swasta di Kajang berakhir dengan kecewa apabila gadis itu didakwa mengelak untuk bertemu dengan mereka.
Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Zunnur Aiman Nurikhan ketika terserempak pasangan tersebut berdekatan Restoran Jejantas Ayer Keroh semasa suami isteri itu dalam perjalanan pulang semula ke Batu Pahat.
Kandungan
“Viral sampai kau sedar apa kau dah buat”
Umur dah separuh abad, tunggang motor dari Batu Pahat ke Kajang
Menurut Zunnur, gadis yang dikenali sebagai Shahira itu meminta ibu bapanya meninggalkan komputer riba di pondok jaga selepas pasangan berkenaan tiba di kolej tersebut sekitar jam 3 petang semalam.
Difahamkan pasangan terbabit cuba menghubungi rakan baik anak mereka selepas Shahira dikatakan kehilangan telefon bimbit, tetapi gadis itu memberi pelbagai alasan untuk bertemu dengan ibu bapanya.
Redah 200km semata-mata nak hantar laptop, jumpa pun tak nak?
Pasangan tu basah kuyup dan kitorang ‘follow’ sampai rumah
Semua bukti dah ada
Minta maaf dan taubat sebelum terlambat
Sampai hati buat mak ayah macam ni. Mujur ada abang-abang motor yang prihatin hantar mereka sampai ke rumah. Mungkin Shahira mahu tampil dan beri alasan tersendiri?