”Kelopak Mata Amsyar Sampai Terbelah”, Ibu Dedah Pengalaman ‘Ngeri’ Anak Jadi Mangsa Cakar Kucing

Posted on

Kucing sentiasa menjadi pilihan utama bagi ramai orang untuk dijadikan haiwan peliharaan. Ia dikenali dengan sifatnya yang manja dan telatah yang sentiasa mencuitkan hati sesiapa sahaja.

Walau bagaimanapun, kecomelan dan manja bukanlah hanya sisi yang ada pada kucing, sifat agresif juga merupakan sifat yang ada pada diri setiap haiwan.

Mungkin ramai yang pernah dicakar oleh kucing kesayangan. Seorang ibu ada berkongsi pengalaman melihat anak sendiri di cakar dan dan gigit oleh kucing peliharannya. Ikuti perkongsian beliau.

Baru ada masa nak update kat FB. Tujuan untuk dijadikan kenangan dan pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain.

Serangan daripada kucing rumah.

Hari pertama 1 Jun 2020. Kenangan yang tidak boleh dilupakan.

Kami ada pelihara kucing nama Grey. Hari kejadian sekitar 11pagi macam tu. Pintu buka tapi pintu grill tutup. Jadi nampak lah kat luar kucing bergaduh lari lalu depan rumah.

Cepat-cepat lah tutup pintu sebab takut Grey lari keluar jugak sebab dia pernah panjat grill tu lari kejar kucing lain dan hilang. Sehari kami cari baru jumpa.

Tak nak kejadian sama berulang jadi tutup pintu. Tak sangka tindakan saya tu membuatkan Grey marah. Amsyar masa tu duduk berdekatan dengan Grey dekat depan pintu juga. Lepas ja tutup pintu tu berlalu nak duduk di sofa.

Lepas tu la grey nampak Amsyar terus dia terkam kepala Amsyar dan gigit cakar semua. Benda tu jadi sangat cepat berapa saat ja. Bayangkan macam kucing bergaduh tu. Betul-betul Grey buat mcm tu kat Amsyar. Dakap kepala Amsyar macam musuh dia.

Bila nampak tu terus baling bantal dekat Grey. Grey lari. Tapi Grey datang balik macam nak serang lagi. Saya ambik bantal tadi pukul Grey. Sebab geram sangat Grey buat macam tu dekat Amsyar.

Tengok Amsyar terbaring darah dah meleleh dari mata. Masa ni baru perasan kelopak mata Amsyar terbelah kena cakaran Grey. Nampak isi terkeluar dan kesan gigitan di kepala cakaran di dada, belakang kepala dan mulut. Mengigil tengok luka banyak macam tu.

Amsyar dah meraung raung, mama pun nangis sama. Masa dukung Amsyar tu Grey macam nak serang lagi. Kami lari masuk bilik, tutup pintu telefon suami suruh balik dia ada kt luar masa tu. Nasib dia memang dalam perjalanan balik. Tak berani keluar bilik dah. Tak lama husband sampai. Terus ke klinik. Baju mama penuh darah. Masa tu tekan dengan tisu ja luka kat mata Amsyar sebab darah banyak keluar.

Luka dekat kelopak mata Amsyar kena 5 jahitan. Allah pelihara tak kena dalam mata.. Mungkin dia tutup mata masa serangan tu. Jangan kecam saya. Saya pun tak tau benda ni nak jadi.

Doakan Amsyar cepat sembuh. Hari ni bengkak dah surut. Mudahan cepat baik Amsyar. Mama minta maaf sayang. Salah Mama. Mama tak potong kuku Grey.

Pesanan saya kalau nak jaga kucing pastikan kuku di potong, vaksin, dan kasi. Nasib baik kami vaksin Grey. Kalau tak mungkin jangkitan kuman dekat luka lebih teruk.

Sumber: Nor Hidayah Isa

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.