Puan, anak puan ni perlu ambil ujian untuk kali kedua.
“Tolonglah doktor. Saya kesian sangat pada anak saya ni.” Ini antara kata-kata yang kedengaran di wad hospital pada musim penularan wabak Covid-19 ketika ini.
Baca: Cara Menghalang Kandungan Dewasa Di Netflix, Astro GO Dan HBO GO
Perkongsian ini dicatatkan menerusi Facebook seorang doktor di Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang yang menceritakan betapa risiko jangkitan Covid-19 boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, termasuk bayi.
“Dari dalam cermin kaca, kami lihat dengan jelas bayi yang baru berusia empat bulan telah didiagnos positif Covid-19 pada ujian pertama. Kini selepas beberapa tempoh perlu ambil lagi ujian untuk kali kedua.
“Menitis air mata ibunya melihat anaknya diperlakukan begitu. Memang satu pemandangan yang sayu tapi kami bukannya kejam. Kami bukannya tiada hati perut,” tulis Dr Ahmad.
Beliau menjelaskan bahawa proses ujian kedua itu wajib dilakukan supaya petugas kesihatan dapat memastikan keputusan ujian yang diperoleh adalah tepat.
Selain itu, katanya virus Covid-19 kini merebak dengan cepat dan datang dari pelbagai kluster yang belum dapat dikenal pasti.
“Covid-19 ini tak mengenal siapa. Tidak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan, dewasa atau bayi. Tidak juga ia memilih warna kulit apatah lagi kaum. Kita jaga kita,” katanya.
Justeru nasihat Dr Ahmad kepada semua rakyat Malaysia agar terus berada di rumah memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan masih aktif dan dilanjutkan sehingga 14 April ini.
“Jika balik dari membeli barang keperluan, pastikan terus basuh tangan dengan sabun sebelum sentuh anak. Tukar semua pakaian dan mandi. Bimbang secara tak sedar kita sebenarnya sedang membawa virus ini dari luar,” nasihat beliau.- Bernama
Apple Hadir Dengan Laman Sehenti Untuk Covid-19
Apple kini telah melancarkan sebuah halaman khusus untuk wabak Covid-19, dimana melaluinya Apple menyediakan sejumlah informasi yang perlu diketahui oleh para pengguna – selain pada masa yang sama menyediakan soal-jawab khusus untuk memudahkan pengguna lebih memahami dan melakukan pemeriksaan berkaitan Covid-19.
Langkah Apple ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan penyebaran berita-berita palsu, selain turut mengurangkan kadar panik dikalangan pengguna.
Selain laman sehenti berkenaan, Apple turut telah menerbitkan sebuah aplikasi khusus berkaitan Covid-19, tetapi ia terhad untuk pengguna di Amerika Syarikat buat masa ini.
Di Malaysia, pihak DoctorOnCall turut menyediakan penilaian yang lebih kurang sama, yang boleh anda layari hari ini.