Ibu bapa jangan membeza-bezakan anak, kesannya berbekas sampai ke tua

Posted on

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak. Namun lumrah setiap anak pastinya mempunyai karakter dan pencapaian yang berbeza.

Inilah sebenarnya ujian terbesar buat para ibu bapa agar dapat berlaku adil tidak membeza-bezakan anak-anak. Tiada istilah anak kesayangan mahupun anak tak guna pada anak-anak. Semuanya perlulah dilayan sama rata.

Perkongsian oleh kaunselor motivasi, Haji Hushim Salleh ini wajar dijadikan peringatan buat ibu bapa.

Pengalaman kes yang pernah ditangani apabila anak masih berdendam dengan arwah bapanya apabila membeza-bezakan diantara adik beradiknya. Anak tersebut dibandingkan dari segi kepandaian akademiknya yang kurang berbanding adik beradiknya yang lain.

Kesan psikologi dan trauma yang dialami oleh anak tersebut, berbekas dan tersimpan sekian lama sehingga dewasa dan sampai ke tua.

Tambah Haji Hushim lagi, ibu bapa kadangkala ‘mulut tak dijaga’ bezakan anak-anak dari segi warna kulit, pencapaian akademik, akhlak dan moral.Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Peringkat awal remaja banyak cabaran yang harus ibu bapa tempuhi.

Banyak kes yang ditangani, anak yang tak pandai itulah yang menjaga ibu bapa sewaktu tua. Bila mana anak-anak yang bijak pandai, sibuk bekerja. Sebab itulah jangan sesekali beza-bezakan anak-anak. Setiap anak pasti ada kelebihan masing-masing dan berhak dilayan sama rata.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.