Kalau pergi ke gedung perabut IKEA, tak sah rasanya kalau tak pekena Swedish meatballs yang popular gila tu. Boleh dikatakan ramai yang datang ke sana untuk menikmati bebola daging tersebut dan bukan untuk beli barang IKEA.
Bagaimanapun, susulan penularan wabak COVID-19 gedung perabot itu ditutup buat sementara waktu. Pasti ramai yang sudah rasa mengidam untuk menikmati meatballs popular itu.
Nampaknya, anda boleh buat sendiri dirumah selepas ini untuk melepaskan rindu terhadap hidangan tersebut apabila cawangan IKEA di United Kingdom (UK) berkongsi resipi rahsia Swedish Meatballs kegemaran ramai.
Hanya 6 langkah sahaja diperlukan untuk membuat Swedish Meatballs anda sendiri di rumah. Menerusi perkongsian itu, daging khinzir digunakan, tetapi untuk yang beragama Islam bolehlah tukarkan kepada daging lembu dan daging ayam.
Lepas ni kalau teringin boleh buat je dirumah. Tunggu apa lagi, boleh la cuba resepi ini untuk juadah berbuka puasa.